Hidup kita ibarat satu perjalanan, yang akhirnya akan sampai ke destinasinya, cuma bezanaya entah bila kita akan sampai kepenghujung kehidupan ini, tiada siapa yang tahu. Melainkan Yang Maha Esa, yang menentukan segala.
Apakah yang kita cari di dalam perjalana hidup kita ini, hanya diri sendiri yang akan tahu. Adakah hanya kesenangan dan kekayaan cuma, atau satu kepuasan yang memang takkan pernah cukup sebagai kebanyakan manusia. Namun yang penting adalah niat yang yang tersirat di dalam sanubari kita, maka niat suci dan kemuliaaan akan menjadi pendinding diri kemana sahaja diri dibawa pergi. Lantaran dengan keadaan persekitaran dunia yang semakin mencabar ini, kita sering berlumba untuk mengecap segala peluang yang ada, namun kita kadang terlupa kepada mereka yang lemah dan kurang mampu seperti kita untuk bersaing. Apakah kita harus melupai mereka2 ini? Sepatutnya tidak, kerana mereka juga seperti kita, ada perasaan, nafsu dan kemahuan. Keharmonian sudah seperti tiada lagi di sudut dunia ini, begitu susah kita dapat dan menemui satu pertolongan ikhlas, segalanya ada syarat dan imbuhan segala. Kesepakatan begitu susah untuk dijalin, walau dalam satu rumpun, apatah lagi jika dari kelompok yang berbeza. Keamanan semakin tergugat, disana-sini kucar-kacir, justeru itulah masing-masing hanya memikirkan diri sendiri. Ini berpunca dari ketidakstabilan politik, dan rakyatlah yang menjadi bahana dan bahan uji oleh mereka ini. Marilah kita renungkan hala tuju kita ini, perjuangkanlah apa jua demi kejayaan semua dan bukan untuk diri sendiri semata-mata.
Marilah kita melangkah kedepan bersama-sama dan berada di satu puncak kedamaian yang telah lama kita idamkan.